Isnin, 3 Januari 2011

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dari hasrat untuk mendidik anak-anak Islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Ustaz Hj. Khalid bin Abdul Rahman telah menggembeling usaha yang tidak putus-putus untuk menubuhkan sebuah gedung ilmu bersandarkan kedua-duanya. Dengan izin Allah dan bantuan secara kolektif dari beberapa individu pada tahun 1991 tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah.


Setelah perkembangan yang baik dan sambutan yang menggalakkan pihak madrasah telah bersetuju untuk melanjutkan skim pendidikan daripada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) kepada pendidikan menengah, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang yang kemudiannya dikenali sebagai Maahad Tahfiz Wattalaqqi untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Bagi menampung dan mengimbau kembali ilmu yang kian ditinggalkan, pihak Maahad sekali lagi menambah mutu pendidikan  dengan mewujudkan sistem pengajian yang menumpukan ke arah pengajian Bahasa Arab dan Tahfiz Al-Quran sepenuh masa.

Maahad Tahfiz Wattalaqqi didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk / SMAR / K.K / 98.00 dan beroperasi di Kampung Tersusun Lubok Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan